PUTRAJAYA – Sebanyak 20,670 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 1,384,353 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 6,606 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (2,028 kes), Kedah (1,796 kes), Sabah (1,725 kes), Johor (1,425 kes), Kelantan (1,370 kes), Pulau Pinang (1,251 kes) dan Perak (1,003 kes).
“Pahang (794 kes), Negeri Sembilan (727 kes), Sarawak (725 kes), Terengganu (560 kes) dan Melaka (521 kes).
“Selebihnya, Perlis (61 kes) dan Putrajaya (51 kes) manakala tiada kes baharu di Labuan,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929