fbpx

Dua kapal tak makan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kapal yang ditahan APMM negeri Johor selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di Tanjung Penawar, kelmarin. /FOTO IHSAN APMM

KOTA TINGGI – Meskipun amaran telah dikeluarkan kepada industri perkapalan maritim supaya mematuhi arahan dan prosedur bersauh di perairan Malaysia, namun masih ada kapal yang ingkar terhadap prosedur yang ditetapkan.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, buktinya apabila secara kumulatifnya sebanyak 80 kapal telah ditahan atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran sepanjang tahun ini.

Katanya, manakala dalam tempoh seminggu ini sebanyak empat kapal tangki telah ditahan melalui Op Jangkar Haram yang dilaksanakan secara berterusan.

Jelasnya, kapal pertama dan kedua berdaftar di Korea Selatan dan Pelabuhan Klang telah berjaya ditahan dalam usaha membanteras aktiviti dan kesalahan kapal-kapal dagang yang bersauh secara haram di perairan Johor, terutamanya di sekitar Johor Timur.

“Terbaru APMM Negeri Johor telah menahan dua lagi kapal tangki yang disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.

“Kapal yang berdaftar dari Singapura ditahan pada kelmarin (12 Ogos) sekitar pukul 11.33 pagi di kedudukan 14.5 batu nautika Tanjung Penawar.

“Kapal ini dikendalikan 21 kru warga China dan Pakistan masing-masing berumur di antara 25 hingga 66 tahun, mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI