fbpx

Malaysia hargai 1 juta dos vaksin sumbangan UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (kiri) bergambar bersama Sheikh Abdullah Zayed ketika lawatan UAE pada Februari lalu. /FOTO FACEBOOK HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri hari ini menyambut baik pemberian ihsan sebanyak sejuta dos vaksin Covid-19 yang disumbangkan oleh kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan rakyat Malaysia, juga melahirkan penghargaan tinggi.

“Penzahiran ini dipersembahkan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Panglima Tertinggi Tentera UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya, Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sheikh Abdullah Zayed Al-Nahyan dan kepimpinan negara tersebut.

Sumbangan segera itu ujar Hishammuddin dijangka dapat membantu usaha Malaysia dalam berdepan dengan cabaran wabak Covid-19 yang semakin serius di seluruh negara ketika ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI