fbpx

‘Tan Sri’ trending di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri trending di laman Twitter hari ini.

KUALA LUMPUR – Perkataan ‘Tan Sri’ menjadi trending di laman sosial, Twitter hari ini susulan penganugerahan yang diterima Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 di Istana Melawati.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan menganugerahkan gelaran tersebut selepas Noor Hisham tersenarai dalam 12 individu yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM).

Menerusi laman Twitter, perkataan ‘Tan Sri’ itu telah mendapat lebih 23,200 ciapan susulan penganugerahan yang diterima Noor Hisham itu.

Ciapan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mendapat ulang ciap paling tinggi iaitu 2,786 kali dengan 3,206 tanda suka.

Masidi dalam ciapannya mengucapkan tahniah kepada Noor Hisham atas penganugerahan yang diterima sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong semalam.

Menurut Masidi lagi, Noor Hisham berhak menerima anugerah tersebut.

Selain Masidi, ciapan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat lebih 2,714 ulang ciap dan lebih 6,000 tanda suka.

Dalam ciapannya, Ahli Parlimen Muar itu mengucapkan tahniah kepada Noor Hisham kerana beliau adalah hero sebenar Malaysia.

Turut mengucapkan tahniah selebriti Neelofa dengan menyatakan anugerah itu pada hero yang tepat dan layak menerimanya.

Tidak ketinggalan Dr. Amalina Che Bakri turut membuat ciapan tahniah kepada Noor Hisham berbunyi; “Congratulations Tan Sri! Very well-deserved!“.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI