fbpx

KPDNHEP kaji kos, harga kit ujian kendiri Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini sedang melakukan kajian kos, harga dan bekalan bagi alat ujian kendiri Covid-19 yang berada di pasaran ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kajian itu penting bagi menentukan harga runcit alat ujian kendiri Covid-19 dijual pada harga bersesuaian sekali gus tidak membebankan pengguna.

Beliau berkata, pihaknya ketika ini sedang menjalankan sesi libat urus bersama syarikat-syarikat yang telah dilesenkan meliputi rantaian pengedaran, pembekalan serta di peringkat runcit seperti farmasi dan klinik.

“Saya mengambil maklum isu harga runcit kit ujian kendiri Covid-19 yang dijual di pasaran buat masa ini.

“KPDNHEP bersama Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti situasi ini dan menguruskan isu harga runcit kit ujian tersebut sebaik mungkin demi kepentingan pengguna,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI