fbpx

Kedah Darul Aman FC longlai berdepan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengadil melayangkan kad merah kepada pemain KDA FC, Renan Da Silva Alves dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang berehat panjang dalam saingan Liga Super tewas 2-4 di tangan Selangor FC dalam aksi di gelanggang sendiri di Stadium Darul Aman di sini, malam ini.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan menerusi import, Kpah Sean Sherman yang menewaskan penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel pada minit ke-23.

Gergasi Merah bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan lima minit kemudian selepas Ifedayo Olusegun menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan selepas pertahanan Kedah, Renan Alves dilayangkan kad merah.

Seterusnya pada minit ke-29, pasukan lawan sekali lagi menambah jaringan menerusi Ahmad Danial Ahmad Asri lalu menewaskan penjaga gol Kedah, Mohd. Shahril Sa’ari.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan lawan tidak bertahan lama apabila Kedah yang bermain dengan 10 pemain selepas Renan Alves dikeluarkan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi M. Anumanthan.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berusaha untuk mencari gol pendahuluan dengan Selangor FC menguasai perlawanan.

Ifedayo memecahkan kebuntuan apabila berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-75 seterusnya mendapat gol hatrik apabila menjaringkan gol keempat buat pasukannya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI