fbpx

Lukaku kempunan aksi pembukaan di Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kiri) bersama Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Chelsea dan bakal menerima gaji £200,000 seminggu.

LONDON – Penyerang baharu Chelsea, Romelu Lukaku mungkin tidak akan diturunkan pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Stamford Bridge malam ini.

Difahamkan, bekas pemain Inter Milan itu tidak sempat didaftarkan bagi aksi bertemu Palace memandangkan perpindahannya yang bernilai £95 juta (RM555.9 juta) hanya selesai malam kelmarin.

Berdasarkan peraturan yang ditetapkan Liga Perdana, pemain perlu didaftarkan selewat-lewatnya petang Jumaat bagi membolehkan mereka beraksi pada perlawanan hari ini.

Justeru, penyokong-penyo­kong The Blues mungkin terpaksa menunggu perlawanan kedua bagi menyaksikan kelibat penyerang yang meledak 30 gol buat Inter musim lalu.

Berdasarkan laporan media tempatan, Lukaku menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Chelsea dan bakal menerima bayaran gaji berjumlah £200,000 (RM1.17 juta) seming­gu.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel sebelum ini mengakui beliau sangat tertarik dengan corak permainan pemain ber­usia 28 tahun itu dan gembira untuk mendapatkan khidmat­nya.

“Romelu (Lukaku) sama se­perti (Erling) Haaland dan (Ro­bert) Lewandowski yang sa­ngat berbahaya apabila berada dalam kotak penalti. Memang saya mencari-cari pemain de­ngan kebolehan seperti itu,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI