fbpx

Kes positif Covid-19 di Selangor menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 di Selangor mula menunjukkan pengurangan dengan kadar 18.8 peratus setakat semalam berbanding 22 peratus pada 1 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, bilangan kes di 27 Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di negeri itu turut menunjukkan penurunan selaras dengan pelaksanaan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) maya serta beberapa inisiatif lain.

“Kalau kita lihat di Stadium Melawati, Shah Alam biasanya boleh cecah 4,000 kes tetapi hari ini hanya 2,214 kes manakala di Pelabuhan Klang yang sebelum ini merekodkan 2,500 kes namun 1,087 kes sahaja hari ini.

“Begitu juga di Bandar Mahkota Cheras dengan 799 kes dan Dewan Komuniti Taman Kajang  pula 898 kes. Ini menunjukkan keberkesanan HSO digital dan CAC maya memberi kesan kepada kedatangan kes secara fizikal,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Sha’ari berkata, melalui pemeriksaan di 27 CAC di Selangor, sebanyak 6,442 kes direkodkan hari ini dengan 3,473 merupakan release order atau arahan pemotongan gelang manakala bakinya adalahkes positif baharu.

“Berdasarkan 2,969 kes yang dicatatkan hari ini, sebanyak 114 kes dirujuk ke hospital manakala 420 kes dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI