fbpx

Golongan berusia dan muda tafsir emoji dengan maksud berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbezaan tafsiran emoji boleh membawa kepada salah tafsir atau kekeliruan dalam perbualan antara golongan muda dan berusia. – Shutterstock/ The Sun

LONDON – Seorang pakar menyatakan bahawa pemilihan sesuatu  emoji dalam perbualan maya membawa maksud dan tafsiran berbeza mengikut peringkat  umur, lapor akhbar The Sun semalam.

Pakar Interaksi Komputer Manusia dari Universiti Goldsmiths, Sarah Wiseman berkata, hal ini kerana generasi muda mempunyai tafsiran yang berbeza untuk setiap emoji.

Keadaan itu boleh membawa kepada salah tafsir atau kekeliruan dalam perbualan antara golongan muda dan berusia.

“Misalnya, emoji ‘senyum’ yang sebenarnya satu emoji gembira boleh ditafsir secara agresif oleh golongan muda.

“Apabila menghantar emoji ‘senyum’, anda secara ironi memperkatakan sesuatu yang negatif atau mengejek seseorang,” katanya.

Sementara itu, antara emoji lain yang mempunyai maksud berbeza adalah ‘tengkorak’ yang bererti sesuatu yang buruk telah berlaku bagi golongan berusia dan ‘saya ketawa sehingga mati’ bagi golongan muda.

Bagi emoji ‘pari-pari’ pula, golongan berusia menafsirkannya sebagai mereka menyukai pari-pari.

Berbeza dengan golongan muda yang menafsirkan emoji itu sebagai mereka sedang menyindir seseorang.

Selain itu, untuk emoji ‘mata berpusing’ pula, golongan berusia menganggapnya sebagai tanda menyampah, namun bagi golongan muda, ia membawa maksud anda telah mengatakan sesuatu dengan amat jelas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN