fbpx

Ramai teruja KKM buka ruangan komen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar antara komen yang ditinggalkan netizen di laman Facebook KKM hari ini.

PETALING JAYA – Ramai rakyat negara ini meluahkan rasa teruja dengan tindakan pengendali laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) yang membuka ruangan komen di platform media sosial rasmi itu hari ini.

Kebanyakan pengguna media sosial menghargai tindakan itu selain menyifatkan ia sedikit sebanyak membantu rakyat untuk menyalurkan pandangan masing-masing terutamanya berkaitan Covid-19.

Tinjauan Kosmo! mendapati perkongsian KKM mengenai perkembangan kes harian petang tadi dihujani lebih 19,000 komen dan mendapat lebih 89,000 tanda reaksi

Begitupun, ruangan komen untuk hantaran-hantaran terkini selepas laporan status Covid-19 berkenaan masih tidak dibuka kepada umum.

“Wah bagaikan satu kebebasan dapat komen di sini. Sangat difahami kenapa KKM beri komen kali ini. Terima kasih. Harap yang bertanggungjawab baca komen-komen di sini,” tulis Hale Irwin.

“Alhamdulillah. Hari ini dalam sejarah. Komen saya sudah masuk dalam page Facebook KKM,” ujar Azzam Hanafiah.

“Agaknya admin (pengendali) hendak menghiburkan diri dengan buka komen. Sebab komen-komen kita ini kalah MLM (pemasaran jualan langsung),” kata Han Naz.

Ramai juga dalam kalangan pengguna media sosial itu menjadikan halaman tersebut sebagai tempat melepas geram, namun ada yang membela dan menyifatkan petugas KKM telah banyak berkorban demi rakyat dalam tempoh memerangi wabak Covid-19 ini.

“Mereka bersengkang mata jauh daripada keluarga. Penat lelah semua dicurahkan untuk membantu semua,” komen Emi Emi.

“Hentikan mengutuk dan mengata. Besar dosanya. Mari kita sama-sama bertaubat dan mendoakan kebaikan untuk semua,” nasihat Husain Mohd Faisal.

“Komen dibuka untuk yang sudah divaksin sahaja. Mereka yang belum vaksin dilarang komen. Awas Covid-19 sedang ‘membaca’ komen-komen anda. Jangan sampai dijangkiti melalui komen,” gurau Mohd Ab Rahman.

“Semoga berjaya petugas barisan hadapan,” tulis James Kan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI