fbpx

Tiga operator judi online kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas polis dalam serbuan ke atas pusat judi online semalam.

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu warga tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian online dalam serbuan di dua kondominium di Jalan Wangsa Kuarza di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan yang disyaki berperanan sebagai operator.

“Kediaman itu disewa RM2,000 sebulan dan beroperasi sebagai pusat judi sejak awal tahun ini.

“Suspek ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti itu selain membuat panggilan sebagai salah satu cara mempromosikan judi online menerusi aplikasi dan laman sosial,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, pihaknya merampas pelbagai peralatan termasuk tiga set komputer, 56 telefon bimbit, router, modem dan peralatan lain yang digunakan dalam aktiviti judi online.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 serta penjara maksimum tiga tahun.

“Selain itu hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas turut dikenakan sekiranya didapati bersalah,” ujar beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-7627292

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI