JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.
Pertemuan itu dikongsikan dalam laman Facebook rasmi baginda Sultan Ibrahim dan difahamkan ia adalah pertemuan pertama Timbalan Perdana Menteri setelah menjawat jawatan tersebut, baru-baru ini.
“Ismail Sabri tiba di Istana Pasir Pelangi kira-kira pukul 10.45 pagi dan pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam,” jelas kenyataan itu.
Sementara itu, Ismail Sabri turut mengadakan mesyuarat tertutup bersama Biro Politik UMNO Johor setelah dilihat memasuki perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada pukul 2.15 petang sebelum meninggalkan kediaman itu kira-kira dua jam kemudian.
Selain Hasni, mesyuarat itu turut dihadiri pemimpin UMNO Johor antaranya Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha Kerja UMNO Johor, Pandak Ahmad.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929