GEORGE TOWN – Pasukan bomba hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk memadamkan kebakaran di sebuah bilik tidur, tingkat 10, perumahan polis Balai Bayan Baru, Jalan Tengah di sini tengah hari tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan penghuni kediaman berkenaan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Azman Mohd. Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.24 tengah hari dan tiba ke situ kurang lima minit kemudian.
Menurutnya, sebaik pasukan tiba di lokasi kejadian mendapati api berada dalam keadaan marak di bahagian bilik tidur.
“Kita berjaya mengawal api dalam tempoh tiga minit dan padam sepenuhnya kurang tempoh 10 minit kemudian.
“Semasa kejadian berlaku, penghuni kediaman tersebut dilaporkan keluar bertugas dan tiada penghuni lain termasuk isteri dan tiga anaknya berada di situ.
“Peratusan kebakaran di bilik tidur berkenaan adalah 80 peratus. Akibat kejadian itu, sebahagian ruang dapurnya juga turut terbakar,” katanya di sini sebentar tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929