JOHOR BAHRU – MindTalks Publishing and Consultancy menyediakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi secara percuma dalam membantu masyarakat yang berdepan dengan masalah kesihatan mental.
Pengarah MindTalks, Publishing And Consultancy, Siti Aida Rahmat berkata, pertubuhan MindTalks antara lain adalah bertujuan untuk menjadi pusat pembangunan individu, keluarga dan masyarakat yang holistik.
“MindTalks ditubuhkan pada 12 Julai lalu dan misi kami adalah menjadi sebuah pusat yang komprehensif menyediakan wadah dalam modal insan yang berkualiti, holistik dan berilmu untuk membantu membina masyarakat yang mampan dan sejahtera.
“Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah perkhimatan kaunseling seperti kaunseling individu, berkelompok, keluarga dan juga kaunseling kerjaya.,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Siti Aida berkata, MindTalks juga menyediakan perkhimatan psikologikal seperti psikoterapi, penilaian teraputik, rundingan dan penilaian kesihatan kesihatan mental, mindfulness, motivasi dan lain-lain.
Jelasnya, perkhidmatan ini dikendalikan ahli psikologi dan kaunselor berdaftar sebagai panel.
Selain itu, MindTalks juga menjalankan program-program yang berkaitan dengan pembangunan diri, organisasi, keusahawanan, kepimpinan, pendidikan, motivasi, kesihatan mental dan lain-lain.
“Kami juga menerbitkan bahan-bahan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang dalam penerbitan cetak dan digital yang berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia,”katanya.
Siti Aida berkata, perkidmatan yang disediakan secara bersemuka mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta secara dalam talian.
Orang ramai boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 011-35256796 atau boleh melayari laman Facebook di https://www.facebook.com/MindTalks.official atau YouTube dan Telegram, MindTalks Channel.-K! ONLINE
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929