fbpx

Teliti label sebelum beli minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Yunus (kanan) bersama pegawai KPDNHEP Perak membuat tinjauan minyak masak sawit tulen di Pasaraya Lotus Taiping.- Foto : Wat Kamal Abas

TAIPING – Pengguna perlu meneliti label pada botol minyak masak kelapa sawit bagi memastikan ianya tulen dan dijual mengikut subsidi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan.

Ini kerana harga subsidi tersebut tidak diberikan pada minyak masak sebatian atau minyak masak campuran.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, menjadi hak pengguna untuk meneliti label berkenaan sebelum membeli.

Menurut beliau, penetapan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada berbagai agensi, industri dan trend harga di pasaran berkuat kuasa pada Ogos 2021.

“Selain daripada minyak masak sawit tulen, lain-lain minyak masak tidak termasuk dalam program harga kawalan yang telah dinyatakan.

“Bagi minyak masak dalam pek kecil 1 kilogram pula, harganya masih kekal iaitu RM2.50 mengikut harga subsidi,” katanya. – K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI