IPOH – Penghuni dua buah rumah terselamat daripada bahaya apabila kediaman tersebut terbakar dalam kejadian di Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 di sini pagi tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.45 pagi.
Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dikerah ke lokasi kejadian.
“Setiba di tempat kejadian, kebakaran melibatkan dua buah rumah teras kelas B yang terbakar 70 peratus. Tindakan pedaman terus dilakukan menggunakan air daripada sumber pili bomba.
“Kerja-kerja pemadaman masih diteruskan,” ujar jurucakap tersebut. – K! ONLINE
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929