fbpx

Lelaki pakai gelang pink beli sayur dikompaun RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kanan) dikompaun RM5,000 selepas didapati memakai gelang pink ketika berada di Pasar Besar Wakaf Bharu, Tumpat semalam. FOTO MEDIA SOSIAL

TUMPAT- Seorang buruh yang merupakan penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Berlian di sini dikompaun RM5,000 selepas didapati memakai gelang pink ketika berada di Pasar Besar Wakaf Bharu di sini semalam.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan polis kira-kira pukul 10.20 pagi ketika dia sedang membeli sayur-sayuran di pasar tersebut seorang diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, lelaki itu datang ke pasar berkenaan dengan menunggang motosikal dan memakai baju lengan panjang bagi menyembunyikan bahagian pergelangan tangannya.

Katanya, bagaimanapun, pihak pengurusan pasar telah menyedari suspek memakai gelang pink sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Anggota polis bergegas ke pasar itu dan telah mengeluarkan kompaun RM5,000 selepas suspek didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika memakai gelang pink. Suspek juga telah meloloskan diri dari kawasan PKPD yang sudah dipagar dengan kawat duri bermula 4 hingga 17 Ogos ini.

“Difahamkan, ujian pertama saringan Covid-19 terhadap lelaki itu mendapati dia negatif, namun keputusan bagi ujian kedua yang dijalankan semalam masih belum diketahui,” katanya. – K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI