fbpx

Gaduh angkara tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan antara seorang wanita dan pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Seksyen 36, Kampung Jawa Shah Alam.

SHAH ALAM – Cubaan seorang wanita memasuki sebuah pasar raya tanpa pelitup muka berakhir dengan pergaduhan apabila cuba dilarang pengawal keselamatan premis itu dalam kejadian di Seksyen 36, Kampung Jawa di sini.

Insiden itu tular di laman sosial Facebook menerusi video berdurasi satu minit 17 saat di pekarangan dalam pasar raya itu sebelum dileraikan pekerja pasar raya berkenaan.

Berdasarkan komen di laman tersebut, seorang pengguna dikenali Kecik FZ Gaming yang merupakan pekerja di pasar raya itu memaklumkan wanita itu dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dan mengimbas aplikasi MySejahtera.

“Perempuan itu langgar pengawal keselamatan dengan troli dan mengamuk secara tiba-tiba gara sebelum memukul kerana tidak boleh masuk (pasar raya).

“Memanglah salah sebab pengawal keselamatan itu pukul balik tetapi dia cuma jalankan tugas memeriksa aplikasi Mysejahtera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataannya memberitahu, kejadian itu berlaku apabila berlaku perselisihan faham dan pergaduhan berikutan wanita itu tidak memakai pelitup muka dan cuba ditahan pengawal keselamatan tersebut.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubungnya,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI