fbpx

Kawalan keselamatan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu diperketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pagar utama Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dikawal ketat pasukan keselamatan sempena hari pendengaran penghujahan semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Kota Kinabalu. Foto: IVAN AMIRUL

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Pasukan polis meningkatkan kawalan keselamatan laluan keluar masuk utama Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, dekat sini seawal pukul 7 pagi sempena pendengaran penghujahan semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setakat pukul 8 pagi tadi, keadaan sekitar pekarangan mahkamah berada dalam keadaan aman dan terkawal.

Turut kelihatan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Bagaimanapun, tiada kelihatan penyokong mana-mana pihak hadir di kawasan mahkamah.

Kenderaan awam yang cuba memasuki pagar utama diarahkan berpatah balik sekiranya tidak mempunyai urusan penting.

Pemerhatian setakat ini turut mendapati tiada kelihatan kenderaan yang membawa Tan Sri Musa Aman atau 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain memasuki pekarangan mahkamah.

Terdahulu, Musa bersama 32 ADUN yang menyatakan sokongan ke atasnya mengemukakan permohonan semakan kehakiman menerusi firma guaman FT Ahmad dan Co pada 4 Ogos lalu.

Permohonan terbabit meletakkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat.- K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI