fbpx

Tembakan : 4 anggota TUDM maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUDM Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN – Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan maut dalam kejadian tembakan yang berlaku di Kem TUDM di sini pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM.

“Siasatan awal mendapati kejadian tembakan berlaku ketika masa serah tugas apabila salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum bertindak menembak diri sendiri.

“Dua mangsa yang ditembak meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Empat dilaporkan maut dalam kejadian tembakan di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM pagi tadi. Foto MEDIA SOSIAL

Menurut Aidi, mangsa yang mengalami kecederaan parah sempat memandu kenderaan sendiri bagi mendapatkan rawatan di klinik tentera yang berada di dalam kem berkenaan.

“Mangsa yang parah pada bahagian perut meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak serta Forensik Hospital Umum Sarawak telah hadir di tempat kejadian,” jelas beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI