fbpx

Tragedi mandi longkang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui mati lemas ketika mandi di dalam longkang besar di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor petang semalam. Foto IHSAN APM

JOHOR BAHRU – Keseronokan seorang kanak-kanak lelaki berenang dan mandi di longkang besar bertukar tragedi apabila dia ditemui mati lemas dalam kejadian di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang berusia 12 tahun itu dikatakan telah terjun untuk berenang di dalam longkang besar ketika aliran airnya deras akibat hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, rakan-rakan mangsa telah menasihatinya supaya tidak berenang di dalam longkang besar itu.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menghiraukan nasihat rakannya apabila tetap terjun untuk bermain air tanpa menyedari arus deras dalam longkang tersebut.

“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 5.15 petang berkenaan kejadian lemas membabitkan seorang kanak-kanak lelaki lemas di sebuah longkang besar di sekitar Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda.

“Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah berjaya mengeluarkan mangsa daripada longkang tersebut dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, jenazah telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.

Jelasnya, sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian tersebut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI