fbpx

[VIDEO] Hujan meteor Perseids dilihat di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS Balai Cerap Baitul Hilal dan Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan melakukan cerapan meteor Perseids di Port Dickson bermula malam semalam hingga awal pagi tadi. Foto : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Juraian meteor Perseids dapat dilihat menerangi angkasa dekat sini bermula pukul 10.30 malam semalam sehingga awal pagi tadi.

Ketua Unit Baitul Hilal, Muzamir Mazlan berkata, pihak Balai Cerap Baitul Hilal bersama Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Sembilan kerajaan telah melaksanakan cerapan meteor berkenaan selama dua malam.

“Bagaimanapun, pada malam ini (semalam) merupakan malam kemuncak namun keadaan awan tebal. Kami melihat terdapat kemunculan beberapa kali juraian meteor sejak pukul 10.30 malam.

“Semasa kemuncak fenomena ini berlaku, dijangka secara purata sekitar 80 dan boleh mencecah 100 meteor sejam. Bagaimanapun, juraian meteor Perseids ini boleh dicerap bergantung keadaan cuaca,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan cerapan di Balai Cerap Baitul Hilal, Port Dickson semalam.

Cerapan meteor Perseids di Port Dickson. Foto : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus.

Pancaran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle.

Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI