fbpx

Dovizioso julang gelaran pertama musim ini GP Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO berjaya menjulang gelaran pada GP Austria yang diwarnai dengan insiden kemalangan malam tadi. – AFP

SPIELBERG – Pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso me­ngulangi pencapaian musim lalu apabila memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring malam tadi.

Sebagai rekod, ia merupakan kemenangan ketiga pelumba Itali itu di litar berkenaan selepas turut melakukannya tahun lalu serta pada edisi 2017.

Seperti aksi Moto2, perlumbaan tersebut turut diwarnai beberapa insiden kemalangan ngeri, namun Dovizioso bijak menggunakan peluang sebaik perlumbaan diteruskan selepas dihentikan seketika.

Pada perlumbaan itu, pelumba pasukan Yamaha Sepang Ra­cing (SRT), Franco Morbidelli dan pelumba pasukan Reale Avintia Racing, Johann Zarco terlibat dalam insiden pelanggaran pada pusingan ke-9.

Insiden berbahaya itu sekali gus memaksa bendera merah dikibarkan seterusnya dihentikan buat seketika sebelum dite­ruskan dengan perlumbaan 20 pusingan.

Meskipun terlibat dalam insiden mengerikan itu, namun Morbidelli dan Zarco dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius selain masih mampu berjalan.

Selain itu, nasib sedikit menyebelahi pelumba Monster ­Energy Yamaha, Valentino Rossi apabila jentera Zarco yang ‘terbang’ hampir mengenainya sebaik insiden tersebut berlaku.

Sementara itu, dalam kelas Moto3, tuah menyebelahi pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing (SRT), John McPhee apabila berjaya menaiki podium sebagai pemenang tempat ketiga.

Pada awalnya, McPhee dilihat sekadar mampu menamatkan perlumbaan di tempat keenam, namun berjaya merampas kedudukan ketiga selepas Ai Ogura, Darryn Binder dan Celestino Vietti dikenakan penalti kerana melebihi had trek.

Justeru, tiga pelumba berkenaan masing-masing ditolak satu kedudukan, sekali gus menyaksikan McPhee berdiri di podium sebagai pemenang tempat ketiga.

“Mengenai perlumbaan hari ini (semalam), semuanya mengikut perancangan dan agak mencabar. Sebenarnya, jentera berdepan kesukaran ketika berada di laluan lurus.

“Oleh itu, kami perlu baiki kelemahan itu menjelang perlumbaan seterusnya. Saya gembira dengan podium ini,” kata McPhee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI