fbpx

Perlu lapang dada terima kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan bahawa ahli politik sepatutnya berlapang dada menerima sebarang kritikan daripada orang ramai walaupun kritikan itu tidak menyenangkan.

Bagaimanapun, katanya, kritikan yang dilemparkan itu tidak seharusnya melanggar tatasusila Rukun Negara, sebagai rakyat Malaysia iaitu kesopanan dan kesusilaan.

“Dalam isu mengkritik ahli politik dalam media sosial ini, ahli politik kena terimalah, kerana kadang-kadang kita ada ramai musuh di luar sana tetapi bukan bermakna saya bersetuju cuma perlu ada batasan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan penahanan terhadap beberapa individu yang didakwa menghina Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi media sosial sebelum ini.

Katanya, ia berbeza jika kenyataan berunsur penghinaan dibuat terhadap Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja memandangkan ia perbuatan yang tidak boleh dikompromi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI