fbpx

Wanita Myanmar pukul peniaga didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SELAYANG –  Seorang peniaga warga Myanmar didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan memukul kepala seorang peniaga menggunakan besi selepas berang kerana berniaga sayur berhampiran dengannya.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhi hukuman itu terhadap Shakilah Kadir Husson, 28, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah mengarahkan wanita itu dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Shakilah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mahmudah Zafar Ahmad, 39, di hadapan sebuah lot kedai di Kampung Lembah Indah, Selayang Baru di sini pada pukul 8 malam, 30 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, peguam Nik Ahmad Asyraf memohon hukuman berbentuk denda kerana anak guamnya adalah ibu tunggal yang menyara seorang anak serta ibu dan ayah.

“Punca kejadian kerana pengadu datang berniaga berdekatan dengan tempat tertuduh meniaga. Tertuduh menegur pengadu supaya berniaga di tempat lain untuk elakkan persaingan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman yang setimpal kerana mangsa menerima jahitan selain besi yang digunakan tertuduh adalah sepanjang 1.2 meter. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI