SEREMBAN – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 85 peratus kakitangan di bawah perkhidmatannya akan melengkapkan suntikan vaksin menjelang akhir bulan September ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho De Leong, sehingga kini seramai antara 40 hingga 60 peratus kakitangan mereka khususnya pekerja barisan hadapan (frontliner).
Katanya, setakat ini kakitangan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak April lalu.
“Pemberian vaksin kepada petugas di sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam amat penting kerana mereka tergolong sebagai barisan hadapan yang terus berkhidmat tanpa henti mengikut jadual seperti biasa sejak mula penularan wabak Covid-19.
“Keselamatan pekerja khususnya ketika bertugas di lapangan sentiasa menjadi keutamaan SWM Environment dan kami telah mengambil pelbagai inisiatif pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, suntikan vaksin dilihat sebagai satu kemestian dan langkah terbaik untuk memberi perlindungan kepada pekerja SWM Environment dan memastikan penduduk setempat sentiasa selamat dari jangkitan, seterusnya membantu negara mencapai pembentukan imuniti berkelompok.
“Kami akan terus bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi memastikan keseluruhan pekerjanya mendaftar dan melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19.
“Langkah ini sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok menjelang bulan Disember 2021 seperti yang telah dirancang di bawah PICK,” tambahnya.
Jelasnya lagi, SWM Environment pada masa yang sama telah melengkapkan sesi penerangan kepada semua pekerjanya agar mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai program vaksinasi serta manfaat melengkapkan dos suntikan bagi memastikan kesihatan pekerja sentiasa dalam keadaan baik. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929