fbpx

Sepanyol dilanda mini tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan yang dilimpahi air laut akibat gelombang mini tsunami di Santa Pola. - Facebook

ALICANTE, Sepanyol – Sebuah pusat peranginan di Alicante, Sepanyol dilanda gelombang digelar mini tsunami yang disebabkan  lonjakan haba dari Gurun Sahara, lapor akhbar The Sun, semalam.

Kenaikan paras laut luar biasa yang dikenali sebagai meteotsunami melanda bandar pesisir Santa Pola, malam kelmarin.

Fenomena air pasang besar  yang jarang berlaku itu  membanjiri pantai dan jalan-jalan berdekatan dengan beberapa buah kereta rosak, manakala kapal turut terdampar.

Selain lonjakan haba yang menyebabkan Sepanyol mencatat suhu hingga 47 darjah Celsius, fenomena itu turut berpunca daripada penurunan tekanan atmosfera yang mendadak kerana cuaca panas kering dari Afrika Utara.

Perkhidmatan cuaca Sepanyol, AEMET berkata, gelombang panas akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya Isnin depan.

“Kawasan darat Sepanyol dan Kepulauan Balearic menghadapi  gelombang panas yang serius.

“Ini boleh menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan orangawam  dan risiko kebakaran hutan yang besar,” demikian kenyataan daripada AEMET. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI