fbpx

Program vaksinasi komuniti maritim lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Hafiz Abdul Majid (kanan) dan Rodrigo Ribeiro de Araujo (dua dari kanan) melihat proses vaksinasi pekerja maritim di Hotel Ritz Garden, Seri Manjung, hari ini.

LUMUT – Kira-kira 8,000 orang atau 50 peratus daripada 15,000 komuniti maritim di wilayah utara Semenanjung Malaysia lengkap menerima dos vaksin Covid-19 menjelang akhir bulan ini.

Kesemua mereka menerima suntikan menerusi pusat pemberian vaksin (PPV) di George Town, Pulau Pinang dan di Seri Manjung di sini.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara, Mohd. Hafiz Abdul Majid berkata, daripada jumlah itu seramai 5,000 mendaftar di Pulau Pinang manakala bakinya di Perak.

“PPV di Georgetown dibuka sejak 3 Ogos lalu manakala di daerah Manjung ini dibuka selama lima hari bermula hari ini dengan sasaran kira-kira 600 orang divaksin sehari.

“Kira-kira 50 peratus lagi komuniti maritim wilayah utara yang belum mendaftar, mereka akan dimasukkan dalam program vaksinasi awam,” katanya pada sidang akhbar di PPV tersebut hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd. (Vale), Rodrigo Ribeiro de Araujo.

Program vaksinasi itu juga mendapat kerjasama daripada pihak Vale apabila menyumbangkan sejumlah RM430,000 bagi menjayakan inisiatif tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI