fbpx

PM mengadap Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto KREDIT ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini.

Pertemuan Perdana Menteri bersama Sultan Ibrahim berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

“Saya menjemput beliau (Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah baginda.

Terdahulu, pada pagi tadi Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 pada hari ini dirasmikan oleh Baginda Sultan Johor. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI