fbpx

Jenazah kedua pesakit Covid-19 Orang Asli selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas dan sukarelawan menyempurnakan pengurusan jenazah Covid-19 penduduk Orang Asli di Sungai Siput semalam.

SUNGAI SIPUT – Kes kematian akibat wabak Covid-19 yang kedua melibatkan masyarakat Orang Asli Kampung Pisang, Jalong Tinggi di Sungai Siput (Utara) direkodkan semalam.

Pengurusan jenazah Covid-19 ini telah disempurnakan bersama Pejabat Kesihatan Daerah dan sukarelawan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna Facebook, Dogan Termizi, beliau telah berkongsi beberapa foto pengurusan jenazah ini.

Jenazah diuruskan oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan setibanya di Jalong, jenazah dipindahkan pada kenderaan pacuan empat roda.

Ini berikutan kawasan perkuburan yang terletak jauh di dalam kawasan hutan dan sukar untuk dibawa menaiki van jenazah biasa.

“Kami dah lelah. Semoga Allah terus beri kekuatan kepada kami. Kematian kedua penduduk Kampun Orang Asli Pisang, Jalong Tinggi, Sg Siput, Perak pada 11 Ogos 1021.

“Terima kasih Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar dan Skuad Pengurusan Jenazah C19 Daerah Kuala Kangsar. Moga kalian diberi kekuatan dan kesabaran,” ujar penghantar perkongsian tersebut.

Sementara itu, hantaran sama turut dikongsikan oleh individu dengan nama Syed Hazwan yang juga dipercayai salah seorang petugas terbabit.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Semoga al-marhum Ngah bin Uda dikurniakan kerahmatan oleh Allah dan ditempatkan bersama para kekasih-Nya di alam sana.

“Kepada Allah kita berserah. Teruskan berikhtiar dan memohon Rahmat Allah, semoga diri kita, dan insan-insan yang kita sayangi terpelihara dari segala wabak dan musibah, InShaaAllah,” tulisnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI