fbpx

Konsesi IWK disambung 12 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim berucap pada Majlis Menandatangi Perjanjian Tambahan Perjanjian Konsesi antara kerajaan Malaysia dan IWK secara maya hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menyambung konsesi syarikat pembetungan nasional milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) selama 12 tahun lagi sehingga 31 Disember 2034.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perjanjian tambahan konsesi itu dibuat berdasarkan prestasi cemerlang ditunjukkan IWK sepanjang 30 tahun ini yang bertugas mengurus dan menyelenggara sistem pembetungan awam di seluruh negara sejak 1 April 1994.

Menurutnya, perjanjian tambahan itu turut merangkumi pelaksanaan aktiviti perniagaan bukan berasaskan tarif oleh IWK termasuk penghasilan air pulih guna daripada bi-produk pembetungan agar dapat dibekalkan kepada industri sebagai sumber air alternatif.

“Pindaan perjanjian konsesi membolehkan IWK meneroka pelbagai potensi perniagaan lain berkaitan perkhidmatan pembetungan seperti penggunaan baja bagi tumbuhan bukan makanan.

“Perjanjian ini juga membolehkan IWK menyediakan pajakan kecil tanah pembetungan untuk sewaan kepada menara telekomunikasi,  penghasilan tenaga solar atau kabel fiber optik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dengan IWK secara maya di sini hari ini.

Perjanjian tambahan itu ditandatangani antara Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI