fbpx

Serangan komunis di Balai Polis Kuala Krau didokumentasikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan Balai Polis Kuala Krau yang diserang komunis semasa Darurat. - Foto MEDIA SOSIAL

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan kajian ilmiah tentang serangan komunis ke atas Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, Pahang semasa Darurat.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, kajian berkenaan dijalankan empat orang penyelidik universiti itu.

“Kekejaman pengganas komunis sukar dilupakan dan setiap kali bulan kemerdekaan kita akan terbayang tentang derita yang dilalui pejuang-pejuang negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, ketua penyelidikan berkenaan, Profesor Madya Dr Azhar Wahid berkata, kajiannya mendapati antara 1949 hingga 1952 merupakan tahun di mana banyak serangan dilakukan komunis ke atas balai polis berkenaan.

“Kisah serangan yang berlaku 73 tahun lalu pada 26 Jun 1948 dan 11 September 1949 adalah antara kisah duka perjuangan wira yang tidak boleh dipinggirkan,” katanya.

Tiga lagi penyelidik yang terlibat ialah Profesor Dr Abdul Halim Ali dan Profesor Madya Dr Abdul Ghani Abu dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi serta Profesor Madya Dr Ramli Saadon (Fakulti Sains Kemanusiaan).

Hasil kajian katanya, akan diterbitkan dalam sebuah buku berjudul Naratif Peristiwa Kuala Krau 1948-1949.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman; Sarjan Naim Jaafar serta Osman, iaitu anak kepada Mata-Mata Mohamad Yusof yang terlibat dalam peristiwa itu,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI