fbpx

Kayu akasia dari Vietnam ditahan Maqis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor merampas 32 tan kayu akasia yang dipercayai dibawa masuk dari Vietnam dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor petang semalam. - Foto IHSAN MAQIS

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan sebuah kontena berisi kayu akasia seberat 32 tan di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini semalam.

Maqis Johor dalam satu kenyataan memberitahu, barangan dagangan dari Vietnam itu ditahan kerana tidak mematuhi syarat import ditetapkan kerajaan.

“Hasil pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguat kuasa Maqis pada pukul 5.30 petang semalam, telah menemui 32,090 kilogram kayu akasia bernilai RM13,653.88.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nombor rujukan permit tidak tertera pada sijil fitosanitasi sebagaimana yang dinyatakan dalam syarat permit import,” jelas kenyataan tersebut.

Maqis Johor turut berkata, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa mematuhi syarat adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI