fbpx

Warga emas mati tergantung pada pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba menurunkan mayat mangsa yang ditemui tergantung di sebatang pokok mangga di Kampung Melaka Pindah, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok mangga di Kampung Melaka Pindah, di sini hari ini.

Lelaki yang berusia 70 tahun itu ditemui kira-kira pukul 7 malam sebelum mayatnya diturunkan dengan bantuan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Zamri Omar berkata, panggilan kecemasan diterima daripada polis pukul 7.19 petang.

Katanya, 11 anggota bersama-sama tiga jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Apabila tiba di lokasi, kita dapati terdapat satu mayat lelaki dalam keadaan tergantung di sebatang pokok mangga yang terletak berhampiran sebuah stor di hadapan rumahnya.

“Mayat telah diturunkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, difahamkan mangsa merupakan seorang warga Indonesia berstatus pemastautin tetap di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI