Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
SUNGAI PELEK – “Selalunya arwah suka berbual, namun beberapa hari lalu dia banyak berdiam diri dan kurang bercakap berbanding kebiasaannya.
“Kami sekeluarga tidak menyangka pula ia memberi petanda yang arwah akan meninggalkan kami anak beranak.
Demikian luah Suriani Sumeri, 48, isteri kepada mangsa, Puiman Semin, 54, yang maut selepas tersepit pada pokok rambutan setinggi tiga meter di Kampung Bukit Bangkong dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi semalam.
Perubahan sikap suaminya itu turut disedari Suriani pada hari Jumaat lalu ketika mengambil anak perempuan mereka,
Siti Nurdalinah, 17, yang menuntut di Kolej Vokasional Teluk Intan, Perak kerana cuti pengajian.
“Suami seorang yang periang dan akan berasa seronok bila anak-anak ada di rumah.
“Macam sehari sebelum kejadian berlaku, dia sempat mengambil anak di Perak namun sepanjang perjalanan pulang ke rumah, dia banyak berdiam diri.
“Arwah juga berselera makan pada malam sehari sebelum kejadian lain daripada kebiasaan kerana dia selalu makan sedikit sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. -K! ONLINE