fbpx

Messi terima gaji termahal di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI menandatangani kontrak selama dua tahun dan muncul pemain yang menerima gaji termahal di PSG. – AFP

PARIS – Spekulasi penghijrahan Lionel Messi akhirnya terjawab apabila bintang bola sepak sensasi dunia itu sah menyertai gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) selama dua musim dengan lanjutan setahun kontrak.

Perpindahan itu menyaksikan Messi, 34, dilaporkan muncul pemain dengan bayaran gaji ter­tinggi di PSG yang dianggarkan bernilai €35 juta (RM173.9 juta) semusim.

Pemenang enam Anugerah Ballon d’Or itu yang akan me­nyarung jersi No. 30, mengakui teruja memulakan karier baharunya bersama PSG dengan me­nyasarkan matlamat membantu kelab berkenaan menjuarai sai­ngan Liga Juara-Juara musim ini.

“Saya tidak sabar untuk membuka fasa baharu dalam karier saya di sini. Semuanya mengenai kelab ini berkongsi cita-cita bola sepak yang sama dengan saya.

“Saya berazam untuk membantu mencipta sesuatu yang istimewa buat kelab dan para penyokong. Saya bersemangat tinggi untuk melangkah ke padang di hadapan anda semua di Parc des Princes,” kata Messi.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berbangga Messi sudi menyertai ‘keluarganya’ dan berharap kehadirannya dapat membantu kelab mencipta sejarah dengan memenangi pelbagai trofi di peringkat tertinggi.

“Messi tidak menyembunyikan keinginannya untuk terus beraksi secara kompetitif pada tahap tertinggi. Saya pasti kehadirannya dalam skuad berkelas dunia ini telah menjayakan urusan perpindahan strategik kami,” jelasnya.

Kehadiran Messi disambut ratusan peminat tegar PSG yang menunggunya di Lapangan Terbang Le Bourget serta Hotel Le Royal Monceau yang akan menjadi ‘rumah baharu’ buat kapten Argentina itu dan keluarganya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI