fbpx

Townsend mahu bukti kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOWNSEND menyertai Everton musim ini selepas kontraknya bersama Palace berakhir Jun lalu. – AFP

LIVERPOOL – Pemain sayap baharu Everton, Andros Townsend bertekad untuk menjadi ‘mesin gol’ utama skuad kendalian Rafael Benitez itu pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berhijrah secara percumadari kelab Crystal Palace bulan lalu.

Kata Townsend, harapan yang cukup besar buatnya dalam membalas budi Benitez yang sudi menawarkan kontrak buatnya selepas kontrak bersama Palace berakhir sekali gus bekerjasama kembali dengan pengendali kelahiran Sepanyol itu selepas lima tahun.

“Saya memiliki hubungan yang cukup akrab dengan Benitez kerana pernah berada di bawah bimbingannya ketika mewakili Newcastle United pada musim 2016 selama enam bulan sebelum berhijrah ke Palace.

“Kali ini, saya sekali lagi mendapat bimbingannya dan sudah tentu berazam untuk memberikan yang terbaik buat pasukan. Saya akui ada berbincang dengannya mengenai perubahan posisi dan dia memberi kebebasan buat saya musim ini.

“Antara nasihat yang diberikan adalah untuk memastikan saya lebih tajam dihadapan gol dan tidak berfungsi sebagai pemain sayap semata-mata. Sebaliknya, dia mahu saya lebih kerab berada di kotak penalti dan itulah yang cuba untuk saya lakukan bersama Everton,” katanya.

Selain daripada Townsend, skuad The Toffees telah membawa dua pemain baharu ke Stadium Goodison Park iaitu penjaga gol, Asmir Begovid dari kelab Bournemouth dan bekas pemain sayap Leicester City, Demarai Gray yang dibeli dari pasukan Bayer Leverkusen.

Benitez yang dipilih untuk menggantikan kerusi yang ditinggalkan oleh pengurus berpengaruh, Carlo Ancelotti yang kini bersama Real Madrid akan membantu pasukan mencatat keputusan positif pada aksi pembukaan EPL menentang Southampton Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI