fbpx

Chelsea lebih rela Abraham ke Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABRAHAM sedang mencari kelab yang mampu memberinya lebih banyak peluang beraksi. – AFP

ROM – AS Roma yang dibim­bing Jose Mourinho dilaporkan sedang memburu kelibat pe­nyerang muda Chelsea, Tammy Abraham yang hampir pasti tersisih selepas Romelu Lukaku bakal kembali ke Stamford Bridge.

Kedua-dua kelab berkenaan dilaporkan sudah mengadakan rundingan mengenai potensi perpindahan pemain tersebut terutama dari aspek kewangan ketika Roma berdepan masalah kewangan.

Rundingan berkenaan dikatakan melibatkan bayaran pendahuluan sebanyak £5 juta (RM29.31 juta), manakala bakinya sekitar £35 juta hingga £40 juta (RM205.14 juta hingga RM234.44 juta) akan dibayar pada musim berikutnya.

Bagaimanapun, semuanya akan bergantung kepada persetujuan Abraham sendiri yang sedang mencari peluang untuk mendapatkan lebih banyak peluang beraksi dan mempamerkan bakatnya selepas sekian lama memanaskan baku simpanan di Stamford Bridge.

Abraham juga dilaporkan sedang berada di Itali ketika ini untuk mengadakan rundingan bersama satu lagi kelab Serie A, Atalanta tetapi perkembangan perbincangan Chelsea dan Roma mungkin akan mengganggu pro­ses tersebut.

Beberapa hari lalu, Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan Abraham dan pemain itu juga dilaporkan berminat tetapi The Gunners perlu terlebih dahulu melepaskan khidmat salah penyerangnya, Alexander Lacazette sebelum mendapatkan pemain baharu.

Namun, Chelsea pula dikatakan tidak mahu melepaskan pemainnya itu kepada seteru setempat mereka dari London itu dan lebih rela melihatnya beraksi bersama Roma berbanding Abraham menentang pasukan itu pada aksi liga nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI