fbpx

Pasar Awam Pontian, Pekan Nanas ditutup 8 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Awam Pontian ditutup selama lapan hari untuk proses sanitasi.

PONTIAN – Operasi perniagaan di Pasar Awam Pontian dan Pasar Awam Pekan Nenas ditutup sementara bermula 11 hingga 18 Ogos bagi kerja-kerja sanitasi.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Mohd. Ezzuddin Sanusi berkata, dalam tempoh tersebut semua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan beroperasi kecuali pasar borong yang beroperasi seperti biasa.

Katanya, notis penutupan kedua-dua pasar awam itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian di bawah Subsekyen 18 (1)(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Diharap semua peniaga patuh dengan arahan ini bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan oleh pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kanan PKD Pontian, Dr. Surinah Asan mengesahkan arahan penutupan operasi kedua-dua pasar tersebut bagi memastikannya ia selamat untuk dikunjungi orang ramai.

“Memandangkan pasar merupakan kawasan tumpuan kemungkinan penyebaran Covid-19 adalah tinggi sekiranya berlaku sentuhan dan sebagainya,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI