fbpx

Rara berang gambar diguna dalam iklan ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Young Syefura yang digunakan dalam iklan satu produk kesihatan.

BENTONG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menggunakan gambarnya bagi tujuan promosi produk kesihatan.

Dalam iklan itu, gambar Young Syefura yang memakai pelitup muka dipaparkan bersama produk kesihatan berkenaan.

Yong Syefura yang dikenali sebagai Rara berkata, tindakan itu diambil memandangkan gambar tersebut digunakan oleh pihak terbabit tanpa kebenarannya.

“Saya baru sedar gambar ini digunakan dan saya tidak pasti bila individu atau pihak terbabit menggunakan gambar saya.

“Saya ingin tegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar saya tanpa kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pembantunya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terbabit.

Rara berharap mana-mana individu memaklumkan kepadanya sekiranya terdapat gambarnya digunakan oleh mana-mana pihak. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI