fbpx

Waris langgar lari dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai diminta membantu mengesan waris kepada mangsa kes langgar lari dalam kejadian 15 Julai lalu.

MUAR- Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kini giat mengesan waris kepada salah seorang pesakit yang masih dirawat selepas mengalami kecederaan parah di kepala, bulan lalu.

HPSF dalam satu kenyataan berkata, pesakit lelaki berkenaan telah dibawa oleh ambulans Klinik Kesihatan Bakri ke HPSF pada 15 Julai lalu setelah kemalangan ketika melintas jalan.

“Mangsa telah dilanggar kira-kira pukul 1 pagi di kawasan Air Hitam Batu 18, Bakri di sini.

“Sewaktu tiba di HPSF, tiada sebarang pengenalan ditemui dan mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan lain juga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) kemudiannya telah merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi pengesanan padanan identiti pesakit, namun tiada padanan identiti ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pesakit kini telah sedar dan berada di Wad 5, tetapi masih tidak dapat memberikan sebarang tindak balas.

Bagi sesiapa yang mengenali pesakit atau kehilangan ahli keluarga, boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Mohd. Fariz Omar di talian 06-9564179, atau Wad 5 di talian 06-9564000 sambungan 238. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi: 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI