fbpx

Binatang pun tahu erti rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi biawak seperti sedang 'berpelukan'.

PETALING JAYA – Mungkin terlalu lama memendam rindu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sanggup berpelukan di tempat awam.

Itulah reaksi orang ramai apabila melihat aksi sepasang biawak seperti ‘berpelukan’ seolah-olah sedang melepaskan rindu selepas lama terkurung.

Perbuatan kedua-dua binatang itu telah berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ia tular di laman Facebook Sukan Star TV.

Klip video berdurasi seminit itu memaparkan pasangan binatang itu berpeluk dan seolah-olah menari sehingga pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing bagi memberi ‘laluan’ kepada ‘mereka’.

Susulan klip video itu, rata-rata pengguna Facebook mengaitkan video itu dengan perasaan orang ramai ketika ini apabila dapat berjumpa orang tersayang terutamanya pasangan jarak jauh (PJJ).

“Pasangan jarak jauh bila dah dapat jumpa,” tulis Aril Effendi.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Bunga Melati.

“Bayangkan mak ayah yg rindukan anaknya. Atok nenek yg rindukan cucunya, meriah weh,” ujarnya.

Selain aksi berpelukan binatang itu, lagu iringan nyanyian kumpulan Spoon bertajuk ‘Rindu Serindu-rindunya’ dalam klip video itu turut menyentuh perasaan orang ramai mengenangkan keluarga di kampung.

“Mengalir air mata dengar lagu ni, teringat keluarga di kampung, bilalah dapat jumpa mereka semua,” tulis Pok Cek Fahmi pada ruangan komen. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI