fbpx

50 keluarga hilang dari kawasan PKPD Taman Sri Bayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Adanan (tengah) menunggang motosikal roda tiga ketika menyampaikan bakul makanan kepada penduduk di PKPD Taman Sri Bayu, dekat sini hari ini.

TUMPAT – Dianggarkan kira-kira 50 keluarga dipercayai tiada di rumah mereka di Taman Sri Bayu di sini selepas kawasan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mulai hari ini.

Bancian awal yang dijalankan sebelum ini merekodkan sebanyak 450 keluarga atau lebih 2,000 penduduk di situ, namun bancian terkini hari ini bagi tujuan agihan bakul makanan mendapati hanya 401 keluarga masih berada di rumah mereka.

Difahamkan, selain orang awam, majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan petugas barisan hadapan seperti anggota polis, tentera dan jururawat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd. Adanan Hassan berkata, pihaknya telah memohon sebanyak 450 bakul makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan kepada semua penduduk di situ yang berdepan PKPD mulai hari ini.

“Jumlah 450 itu berdasarkan bancian awal, namun hari ini terdapat lebihan 50 bakul makanan. Jadi, kita akan simpan dahulu lebihan ini sementara waktu.

“Kita bersedia untuk mengagihkan lebihan bakul makanan itu kepada keluarga yang terputus bekalan makanan atau belum menerima bantuan tersebut ketika PKPD,” katanya selepas menyertai proses agihan bakul makanan dari rumah ke rumah di Taman Sri Bayu yang dikenakan PKPD sehingga 24 Ogos depan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Abdul Rashid Mat Daud ketika dihubungi berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan penduduk di kawasan PKPD Taman Sri Bayu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI