fbpx

Nyaris terkorban kereta terjun ‘flyover’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di laluan bertingkat Skudai menghala ke Danga Bay, Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Berpantang maut sebelum ajal. Dua wanita berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan terjatuh berhampiran laluan bertingkat Skudai menghala Danga Bay, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Normah Yaakob, 56, dan Norhayati Sa’in, 25, alami cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terjatuh ke lereng bukit sejauh 10 meter.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.31 pagi sebelum menggerakkan 11 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Haizrul Rahmad berkata, pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Wira terbabas di lokasi kejadian.

“Usaha menyelamat yang dijalankan berjaya membawa dua mangsa keluar dari kenderaan itu. Kedua-dua mangsa itu didapati mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI