fbpx

Keputusan kes saman ibu Allahyarham Jamaludin 13 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Ogos ini bagi keputusan kes saman ibu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis terhadap dua cucunya atas dakwaan gagal memasukkan tiga syer syarikat bernilai RM1.3 bilion sebagai aset harta pusaka.

Keputusan yang sepatutnya diumumkan oleh Hakim Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril hari ini ditangguhkan Jumaat ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Prosiding yang dijadualkan secara sidang video, juga dilapangkan.

Dalam saman itu, Aminah Abdullah, 87, selaku plaintif menamakan anak sulung allahyarham, Nur Anis, 36, dan Ikwan Hafiz, 34, sebagai defendan pertama dan kedua.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Rompin terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Aminah, mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka allahyarham gagal memasukkan sebahagian saham dari tiga buah syarikat ke dalam senarai aset dan liabiliti milik allahyarham.

Syarikat-syarikat itu ialah Rantai Wawasan Sdn. Bhd., Alpine Motion Sdn. Bhd. dan Ivory Insights Wawasan Sdn. Bhd.

Plaintif mendakwa sebagai ibu kandung yang sah dan waris kepada Jamaludin, beliau mempunyai kepentingan di dalam harta pusaka.

Beliau mendakwa kedua-dua cucunya itu gagal memasukkan ke dalam senarai aset dan liabiliti harta Jamaludin (si mati) iaitu 3,000,000 saham syarikat Rantai Wawasan; 6,000,000 saham dalam syarikat Alpine Motion dan dua saham dalam syarikat Ivory Insights Wawasan.

Plaintif mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka si mati gagal memasukkan saham tiga syarikat itu ke dalam senarai aset di dalam Surat Kuasa Mentadbir.

Menurutnya, kegagalan memasukkan saham itu ke dalam Senarai Aset dan Tanggungan sejak 6 Julai 2017 (Tarikh Surat Kuasa Mentadbir diberikan) sehingga hari ini, adalah salah dan tidak wajar. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI