KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menafikan dakwaan bahawa operasi perniagaan di Pasar Siti Khadijah di sini akan ditutup ekoran terdapat jangkitan Covid-19 dalam kalangan peniaga di situ.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusof berkata, dakwaan penularan jangkitan yang ditularkan melalui rakaman audio aplikasi WhatsApp berkaitan penutupan Pasar Siti Khadijah sehingga melibatkan kes kematian peniaga di kawasan itu adalah palsu.
“Pihak MPKB-BRI tidak menerima sebarang arahan bagi penutupan operasi perniagaan di Pasar Siti Khadijah dari pihak Kementerian Kesihatan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita palsu sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zainal Abidin, MPKB-BRI sedang menyiasat sumber yang menularkan audio itu dan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis di atas penyebaran berita palsu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929