SHAH ALAM – Taktik satu sindiket menjadikan rumah bertingkat sebagai stor penyimpanan dan pengedaran arak seludup tumpas selepas diserbu pihak berkuasa, semalam.
Serbuan hampir empat jam bermula 12.45 tengah hari itu turut menahan tiga lelaki termasuk warga asing berusia 28 hingga 58 tahun di Petaling Jaya dan Subang Jaya.
Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am ( PGA ) Cheras, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan menerusi
Ops Contraband itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Cawangan Risik briged berkenaan.
“Hasil pemeriksaan di kedua-dua lokasi menemui 11,827 tin dan botol minuman keras. Kita turut merampas tiga kenderaan dan empat telefon yang disyaki digunakan bagi aktiviti penyeludupan.
“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM 972,729.15 dan kesemua minuman keras itu dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929