fbpx

Saya belum bertudung, tapi doakan – Shakila Khoriri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN gambar Shakila mengenakan tudung menuai perhatian daripada orang ramai yang mendoakan kebaikan buatnya.

PETALING JAYA – Enggan berlaku sebarang salah faham dan kekeliruan, pelakon Shakila Khoriri tampil menjelaskan kepada umum bahawa buat masa ini dia masih belum berhijab seperti sangkaan ramai.

Jelas Shakila, 32, ramai yang tersalah sangka dan beranggapan dirinya sudah berhijab selepas dia memuat naik gambar memakai tudung dalam Instagramnya semalam sempena sambutan Awal Muharam.

Kata isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu, dia terpaksa tampil menjelaskan keadaan sebenar supaya tidak menimbulkan salah faham daripada semua orang termasuk yang dikenalinya ataupun tidak.

“Allahu Akbar. Ya Allah. Perasaan saya bercampur-baur sekarang ini. Lillahitaala. SubhanAllah Allahu Akbar. Sebak baca komen dan doa semua pada saya. Masya-Allah. Betul rasa kecil sangat diri ini.

“Pertama sekali, sejuta kali saya menghargai setiap doa kalian yang baik-baik untuk saya. Berat hati nak kongsi, terasa lemah jari nak menaip tapi semua patut tahu dan saya bertanggungjawab untuk pastikan tiada sebarang kekeliruan.

“Saya masih belum berhijab atau bertudung seperti sangkaan kalian. Sedih saya nak beritahu tapi saya percaya doa kalian pasti termakbul suatu hari nanti. Teruskan berdoa untuk saya dan juga kawan-kawan yang lain,” katanya.

Tambah pelakon drama Selamat Malam Tan Sri itu, dia memohon ruang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum benar-benar bersedia melangkah ke fasa baharu dalam hidup.

“Bagi saya cuci dalaman diri saya dulu. Sebab sekali dah tutup buku, saya tak akan buka sampai bila-bila. Bila dah yakin dan buat keputusan, maka akan kekal sampai bila-bila. Saya akan tinggalkan apa yang patut ditinggalkan.

“Mohon kalian faham dan doakan. Saya minta maaf. Saya sedih sebab ramai yang mendoakan. Tersentuh betul hati ini. Bagi saya masa perbetulkan hati dan jiwa. Hubungan sesama manusia dan paling penting hubungan bersama suami, ibu bapa dan adik-beradik,” katanya.

Shakila mendirikan rumah tangga dengan Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin, 32, pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia lebih dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI