KAMPAR – Masih ada pengusaha industri pelancongan di negeri ini yang belum bersedia untuk menerima pelancong meskipun aktiviti berkenaan dibenarkan sejak semalam kerana masih ramai dalam pekerja sektor tersebut masih belum menerima vaksinasi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara berkenaan selain beberapa faktor termasuk peraturan-peraturan untuk sanitasi belum dapat dipenuhi.
“Saya minta kepada mereka terlibat daripada segi penginapan dan homestay mesti memastikan mereka bersedia sebelum membuka premis-premis ini kepada pelancong.
“Ia juga bermaksud tanggungjawab lebih diberikan kepada penggiat industri untuk memastikan kelonggaran diberi tidak akan memudaratkan masyarakat secara keseluruhan,” katanya pada Pogram Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah di Kampung Changkat Tin, di sini hari ini.-K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929