JOHOR BAHRU – Seorang datuk bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan di negeri ini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan tersebut pagi ini.
Suspek yang berusia 60 tahun tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi dua pegawai penguatkuasa agensi berkenaan.
Semalam, SPRM Johor dilaporkan menahan seorang pegawai kanan kerajaan itu pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat SPRM Johor di sini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929